Tuesday 27 October 2015

ROKOK adalah HARAM!!!

Sudah terang lagi bersuluh..
Kura-kura dalam perahu, pura-pura tidak tahu..
Sekiranya masih kekal dengan pegangan hukum sendiri! Terpulanglah..namun mohon hargai nyawa insan lain di sisi anda..

Kalau saya hendak bercerita mengenai dalil pengharaman rokok rasanya perokok tegar di luar sana lebih arif daripada saya. Namun ingin juga saya kongsikan kepada anda semua di sini hukum yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tentang pengharaman 'ROKOK'!

Saya salin semula hasil penulisan dari sebuah blog yang dimiliki oleh:

http://fenditazkirah.blogspot.my


Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwan Islam Malaysia ke-37

Fatwa merokok itu HARAM :- 

Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam. 

Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya adalah haram kerana daripadanya terdapat kemudaratan. 

Fatwa yang termasyur di seluruh dunia iaitu Al-Marhum Mufti Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz 

Fatwa Al-Azhar terdahulu iaitu Syeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga Fatwa Azhar), Dr. Ahmad 'Umar Hashim' (Naib Canselor Al-Azhar) dan lain-lain. 

10 SEBAB MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN ROKOK 

1. Rokok menjejaskan akal (mental) 

2. Rokok membahayakan kesihatan fizikal 
3. Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain.
4. Rokok membahayakan keturunan 
5. Rokok mengganggu manusia lain. 
6. Rokok menimbulkan akhlak buruk 
7. Rokok mensia-siakan waktu hidup 
8. Rokok bercanggah dengan maruah keislaman 
9. Rokok membazirkan harta (wang) 

10. Rokok mengandungi dadah (nikotin dan arak)

Untuk maklumat lanjut mengenai hukum haram rokok juga, anda semua bolehlah klik pada link di bawah ini:


Sekadar luahan dari hati seorang insan yang 
memikirkan 'HAK ASASI MANUSIA LAIN'

Betapa sedihnya jiwa ini apabila mengenangkan sikap individu yang tidak pernah memikirkan tentang kebajikan individu lain di sekelilingnya. Tergamak sungguh seorang bapa menghisap rokok dihadapan anak kecilnya!! 

Di manakah sifat kemanusian seorang bapa pada ketika itu??

Di manakah pula hak asasi manusia bagi seorang anak kecil yang tidak mengerti sebarang perilaku seorang dewasa dan hanya redha serta pasrah menerima dan menghidu asap rokok yang begitu busuk, bau yang tidak menyenangkan di samping mudharat yang bakal menghampirinya. Tambahan pula asap tersebut dihadiahkan sendiri oleh bapanya. Sungguh malang anak kecil itu!

Di manakah pula tanggugjawab kita sebagai insan yang hanya mampuperhatikan sahaja!

Peristiwa ini saya saksikan sendiri di hadapan mata saya di sebuah kedai mamak lokasinya di area Shah Alam.

Seorang bapa menghisap sepuntung rokok berjenama Dunhill sepertimana kotak rokok yang berada di atas mejanya. Duduk di sebelahnya seorang isteri, dua kanak-kanak kecil yang masih bersekolah rendah serta dihadpannya seorang bayi perempuan yang sedang duduk di dalam 'stroller'.

Apa yang saya lihat, bapa tersebut terlalu ghairah menghisap rokok tanpa memikirkan insan di sekelilingnya.

Saya berlalu dan terus meninggalkan kedai tersebut dengan 1000 penyesalan kerana saya tidak mampu untuk menghalangnya.


BAHANA ROKOK!!!!

Di sini ingin juga saya berkongsi cerita kepada anda semua tentang bahana merokok!

Kejadian mencemaskan tempoh hari apabila diingatkan kembali, lucu pun ada geli hati pulak rasanya. Tapi inilah dia bahana 'ROKOK'!!!

Kisah dimulakan apabila secara kebetulan saya keluar daripada bangunan pejabat saya dan ke 'parking' kereta untuk mengambil handphone saya yang tertinggal di dalam kereta. Bangunan pejabat mana saya rahsiakan untuk menjaga kepentingan pihak-pihak. 

Tidak lama kemudian, secara tiba-tiba loceng kecemasan berbunyi berulang-ulang kali dengan kuatnya. Saya terus meluru ke arah bangunan namun saya perhatikan semua pintu grill besi secara automatiknya turun perlahan-lahan untuk menutupi kawasan bangunan. Kebiasaan loceng kecemasan berbunyi menandakan ada kebakaran sedang berlaku. Keadaan menjadi huru-hara. Semua kakitangan dan pelanggan lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri dari kebakaran. Diberitakan juga, ada mangsa yang tersangkut di dalam lif bangunan tersebut. Keadaan menjadi semakin cemas apabila keluar asap daripada tingkap di aras 6. Lebih kurang 20 minit kemudian, pasukan bomba tiba untuk memadamkan kebakaran. 

Anda semua bersedia untuk mengetahui perkara sebenar!!!

Kusangkakan api yang membakari rupanya asap rokok daripada sebuah tandas punca segala huru-hara ini.

Inilah dia sikap manusia yang mementingkan diri sendiri. Walaupun papan tanda dilarang merokok telah dipasang di kawasan bangunan namun masih juga ada manusia yang buta mata, hati dan akal untuk memahaminya.

Ingin juga saya kongsikan di sini kepada anda semua petikan kata-kata daripada ilmuan tentang HARAM ROKOK. 


Antara keratan akhbar yang dikeluarkan mengenai 'ROKOK'.
Antara kempen yang pernah dijalankan untuk memberi kesedaran terhadap 'Perokok Tegar'



Sekadar ini sahaja perkonsian saya pada kali ini. Untuk para penghisap rokok tegar di luar sana, 
Sekiranya masih kekal dengan pegangan hukum sendiri! Terpulanglah..namun mohon hargai nyawa insan lain di sisi anda..Tepuk dada tanya iman!

Waallahu a'lam..