Tuesday 27 October 2015

ROKOK adalah HARAM!!!

Sudah terang lagi bersuluh..
Kura-kura dalam perahu, pura-pura tidak tahu..
Sekiranya masih kekal dengan pegangan hukum sendiri! Terpulanglah..namun mohon hargai nyawa insan lain di sisi anda..

Kalau saya hendak bercerita mengenai dalil pengharaman rokok rasanya perokok tegar di luar sana lebih arif daripada saya. Namun ingin juga saya kongsikan kepada anda semua di sini hukum yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tentang pengharaman 'ROKOK'!

Saya salin semula hasil penulisan dari sebuah blog yang dimiliki oleh:

http://fenditazkirah.blogspot.my


Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwan Islam Malaysia ke-37

Fatwa merokok itu HARAM :- 

Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam. 

Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya adalah haram kerana daripadanya terdapat kemudaratan. 

Fatwa yang termasyur di seluruh dunia iaitu Al-Marhum Mufti Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz 

Fatwa Al-Azhar terdahulu iaitu Syeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga Fatwa Azhar), Dr. Ahmad 'Umar Hashim' (Naib Canselor Al-Azhar) dan lain-lain. 

10 SEBAB MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN ROKOK 

1. Rokok menjejaskan akal (mental) 

2. Rokok membahayakan kesihatan fizikal 
3. Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain.
4. Rokok membahayakan keturunan 
5. Rokok mengganggu manusia lain. 
6. Rokok menimbulkan akhlak buruk 
7. Rokok mensia-siakan waktu hidup 
8. Rokok bercanggah dengan maruah keislaman 
9. Rokok membazirkan harta (wang) 

10. Rokok mengandungi dadah (nikotin dan arak)

Untuk maklumat lanjut mengenai hukum haram rokok juga, anda semua bolehlah klik pada link di bawah ini:


Sekadar luahan dari hati seorang insan yang 
memikirkan 'HAK ASASI MANUSIA LAIN'

Betapa sedihnya jiwa ini apabila mengenangkan sikap individu yang tidak pernah memikirkan tentang kebajikan individu lain di sekelilingnya. Tergamak sungguh seorang bapa menghisap rokok dihadapan anak kecilnya!! 

Di manakah sifat kemanusian seorang bapa pada ketika itu??

Di manakah pula hak asasi manusia bagi seorang anak kecil yang tidak mengerti sebarang perilaku seorang dewasa dan hanya redha serta pasrah menerima dan menghidu asap rokok yang begitu busuk, bau yang tidak menyenangkan di samping mudharat yang bakal menghampirinya. Tambahan pula asap tersebut dihadiahkan sendiri oleh bapanya. Sungguh malang anak kecil itu!

Di manakah pula tanggugjawab kita sebagai insan yang hanya mampuperhatikan sahaja!

Peristiwa ini saya saksikan sendiri di hadapan mata saya di sebuah kedai mamak lokasinya di area Shah Alam.

Seorang bapa menghisap sepuntung rokok berjenama Dunhill sepertimana kotak rokok yang berada di atas mejanya. Duduk di sebelahnya seorang isteri, dua kanak-kanak kecil yang masih bersekolah rendah serta dihadpannya seorang bayi perempuan yang sedang duduk di dalam 'stroller'.

Apa yang saya lihat, bapa tersebut terlalu ghairah menghisap rokok tanpa memikirkan insan di sekelilingnya.

Saya berlalu dan terus meninggalkan kedai tersebut dengan 1000 penyesalan kerana saya tidak mampu untuk menghalangnya.


BAHANA ROKOK!!!!

Di sini ingin juga saya berkongsi cerita kepada anda semua tentang bahana merokok!

Kejadian mencemaskan tempoh hari apabila diingatkan kembali, lucu pun ada geli hati pulak rasanya. Tapi inilah dia bahana 'ROKOK'!!!

Kisah dimulakan apabila secara kebetulan saya keluar daripada bangunan pejabat saya dan ke 'parking' kereta untuk mengambil handphone saya yang tertinggal di dalam kereta. Bangunan pejabat mana saya rahsiakan untuk menjaga kepentingan pihak-pihak. 

Tidak lama kemudian, secara tiba-tiba loceng kecemasan berbunyi berulang-ulang kali dengan kuatnya. Saya terus meluru ke arah bangunan namun saya perhatikan semua pintu grill besi secara automatiknya turun perlahan-lahan untuk menutupi kawasan bangunan. Kebiasaan loceng kecemasan berbunyi menandakan ada kebakaran sedang berlaku. Keadaan menjadi huru-hara. Semua kakitangan dan pelanggan lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri dari kebakaran. Diberitakan juga, ada mangsa yang tersangkut di dalam lif bangunan tersebut. Keadaan menjadi semakin cemas apabila keluar asap daripada tingkap di aras 6. Lebih kurang 20 minit kemudian, pasukan bomba tiba untuk memadamkan kebakaran. 

Anda semua bersedia untuk mengetahui perkara sebenar!!!

Kusangkakan api yang membakari rupanya asap rokok daripada sebuah tandas punca segala huru-hara ini.

Inilah dia sikap manusia yang mementingkan diri sendiri. Walaupun papan tanda dilarang merokok telah dipasang di kawasan bangunan namun masih juga ada manusia yang buta mata, hati dan akal untuk memahaminya.

Ingin juga saya kongsikan di sini kepada anda semua petikan kata-kata daripada ilmuan tentang HARAM ROKOK. 


Antara keratan akhbar yang dikeluarkan mengenai 'ROKOK'.
Antara kempen yang pernah dijalankan untuk memberi kesedaran terhadap 'Perokok Tegar'



Sekadar ini sahaja perkonsian saya pada kali ini. Untuk para penghisap rokok tegar di luar sana, 
Sekiranya masih kekal dengan pegangan hukum sendiri! Terpulanglah..namun mohon hargai nyawa insan lain di sisi anda..Tepuk dada tanya iman!

Waallahu a'lam..


36 comments:

  1. Saya tertarik dgn artikel yg dikongsikn oleh Puan Nurazira & sgt MENYOKONG 100% ttg ROKOK-HARAM...
    Izinkan sy berkongsi sedikit “Kandungan Kimia Rokok dan Bahayanya”...
    Rokok mengandung lebih dari 4000 zat-zat dan 2000 diantaranya telah dinyatakan tidak baik untuk kesihatan kita, diantaranya adalah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di “kamar gas maut” bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, serta masih banyak lagi. Dan zat pada rokok yang paling berbahaya adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida. Tar mengandungi kurang lebih 43 bahan yang menjadi penyebab kanser atau yang disebut dengan karsinogen. Nikotin mempunyai zat dalam rokok yang dapat menyebabkan ketagihan, ini yang menyebabkan para perokok tegar susah untuk berhenti merokok. Nikotin merupakan zat pada rokok yang berisiko menyebabkan penyakit jantung, 25% dari para pengidap penyakit jantung disebabkan oleh kegiatan merokok. Bahaya Rokok Bagi Kesihatan.. Asap rokok bertanggungjawab terhadap lebih dari 85% kanser paru-paru dan berhubungan dengan kanser mulut, faring, laring, aesofagus, lambung, pankreas, mulut, saluran kencing, ginjal, ureter, dan usus. Asap rokok dihubungkan dengan leukemia. Bahagian dari aspek karsinogenik dari asap rokok, berhubungan terhadap peningkatan risiko penyakit kardiovaskuler (termasuk stroke), kematian tiba-tiba, tekanan jantung, penyakit pembuluh purifer dan aneurisme aorta.
    So, semuanya terpulang kepada anda 'PEROKOK TEGAR' untuk mengubahnya...
    Firman Allah taala dlm surah Al-Ra'd:11 yg bermaksud : ''Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum hingga mereka mengubah DIRI MEREKA SENDIRI''....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih kepada Pn. Nahar kerana sudi memberi maklumbalas kepada isu yang saya utarakan. Sudah terang dan nyata merokok memudharatkan diri sendiri namun 'PEROKOK TEGAR' ini masih ego dengan perbuatan mereka yang mungkin di anggap 'MUCHO' apabila merokok. Jangankan nanti, sudah terhantuk baru nak terngadah!.

      Delete
  2. Artikel yang sangat bagus. Bagi saya, bahayanya merokok ini memang telah sedia maklum.Malahan kesan merokok tu sendiri kepada kesihatan telah dilabelkan di kotak rokok tersebut. Tetapi kesedaran tentang hak-hak orang sekeliling mengenai hak untuk hidup dengan selesa dan hak untuk menikmati udara yang bersih telah dicerobohi.Di mana keadilannya?? Fikirkan.

    Siti Mastura Binti Baharom
    GB02618

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih saya ucapkan kepada Pn. Siti, ye puan, sudah sememangnya PEROKOK TEGAR di luar sana maklum dan baca label "AMARAN KERAJAAN MALAYSIA MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN" namun mereka sesuai diistilah bagai mencurah air ke daun keladi. Keadaan negara yang sedang dilanda jerebu buat masa kini, 'PEROKOK TEGAR' ini masih jua ingin menyumbang asap merbahaya kepada persekitaran alam. Apabila difikirkan, saya cukup sedih dengan situasi yang berlaku.

      Delete
  3. Masalah ini khilaf(berselisih) pendapat ulama. Kata setengah halal dan kata setengah haram. Zat tembakau itu suatu yang harus diisti'malkan dia (digunakan) bahkan sunat jika boleh jadi ubat. Jikalau tidak jadi (mendatangkan) mudarat dengan dia pada akal atau badan. Adapun jika jadi mudarat dengan dia maka haram diisti'malkan (digunakan) dia.

    Jika kita mengkaji secara jujur nescaya kita menemui pangkal masalah yang kita perdebatkan ini. Hukum tembakau dan penggunaannya sebagai rokok bergantung kepada sejauh mana bencana kemudaratan pada akal dan badan manusia. Jika terbukti rokok mengancam kemaslahatan hidup maka hukumnya adalah haram. Dengan itu, saya ingin tegaskan bahawa ulama silam tidak menghalalkan rokoksecara mutlak tetapi bersyarat bahawa tidak memudaratkan kemaslahatan hidup manusia. Maka sesiapa yang berhukum harus atau makruh merokok dengan menyandarkan pandangan ulama silam adalah sesuatu kekeliruan yang nyata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedikit perkongsian berkaitan Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:
      a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.

      b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.

      c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)

      d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”

      Malahan Fatwa Kebangsaan jelas menyatakan spt yg dinyatakan oleh penulis blog ini...
      Ini merupakan Keputusan Majlis Fatwa(boleh rujuk e-fatwa JAKIM) :

      (1) Merokok adalah haram
      (2) Oleh yang demikian , adalah haram bagi mana-mana orang Islam menghisap apa -apa jenis rokok.
      (3) Bagi maksud fatwa ini , ' rokok ' ialah tembakau yang digulung dengan kertas atau daun nipah atau selainnya.

      Delete
  4. Terima kasih kepada Ust Muin kerana memberi pencerahan lanjut mengenai hukum'TEMBAKAU'. Benar Ust Muin, asal hukum sesuatu itu adalah harus "الأصل في الأشياء الإباحة". Namun berbeza dengan 'ROKOK' yang dihisap oleh 'PEROKOK TEGAR' pada zaman sekarang. Segala kandungannya telah terbukti mengandungi bahan yang beracun yang mampu memudharatkan tubuh badan dan akal manusia. Tambahan pula menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam pada masa sekarang harga sekotak rokok minimum dinaikkan daripada RM7 kepada RM9 sekotak, bukankah itu dikatakan sebagai pembaziran yang tidak memberikan manfaat kepada sesiapa pun dan mungkin hanya memberi kepuasan kepada 'PEROKOK TEGAR' itu sahaja. Sesungguhnya membazir itu adalah amalan syaitan.

    Sebut tentang 'TEMBAKAU' mengingatkan semula saya kepada 'ROKOK DAUN' atau istilah yang lebih dekat lagi kita panggil 'ROKOK LENTENG'. Tembakau memang terkenal pada zaman datuk nenek kita dahulu sehinggakan datuk yang menghisap 'ROKOK' nenek pula yang menggulungnya. Namun mudhratnya tidak sepertimana 'ROKOK' yang di 'KOTAK' kan pada masa kini. Segala bahannya adalah semulajadi iaitu daun pucuk Nipah atau kertas khas untuk membuat rokok, Daun Tembakau yang telah dikeringkan dan Cengkih. Amat ketara perbezaan antara kedua-dua jenis 'ROKOK' dari segi kandungan bahan dan harga.

    Berbalik kepada HUKUM HARAM ROKOK tadi, bukankah kita sebagai rakyat yang bermastautin di dalam sesebuah negara perlu mengikut hukum yang telah digariskan oleh Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia. Oleh itu, tepuk dada tanya iman.

    ReplyDelete
  5. Kasihan pada ibu dan isteri hamil yang terpaksa menghidu asap rokok yang disedut oleh suami sendiri.Adakah para perokok mengetahui kesan rokok terhadap bayi yang dikandung?Asap rokok boleh menyebabkan keguguran janin,tumbesaran janin terencat dan pendarahan di uri. Malah,kesan tabiat merokok juga bukan memburukkan kesihatan ibu hamil, malah anak-anak juga mudah mendapat lelah dan jangkitan paru-paru.Wahai perokok,sayangilah isteri dan anak-anak anda.Jangan jadikan mereka mangsa perbuatan anda sendiri.Mereka juga punya HAK untuk hidup lebih sihat !

    Nurulsuhada khairudin
    Gb02547 (kump 3)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar sekali apa yang dikatakan oleh Pn. Suhada. Hakikatnya 'PEROKOK TEGAR' di luar sana bukan tidak mengetahui kesan rokok terhadap bayi yang dikandung serta terhadap ibu yang hamil, malah 'KOTAK ROKOK' itu sendiri terdapat gambar atau grafik yang ngeri yang diletakkan bagi menunjukkan implikasi terhadap 'ROKOK'. Antara gamba yang kita boleh lihat di kotak rokok tersebut iaitu, gamba janin yang telah gugur, kanser paru-paru, kanser mulut dan beberapa gamba yang lain sebagai faktor-faktor rangsangan emosi seperti ngeri, gerun, jijik, marah dan sebagainya dipercayai dapat menimbulkan kesedaran kepada orang ramai. Namun mereka seolah-olah tidak mengendahkannya.

      Paling menyedihkan, mereka sengaja mengabaikan tentang bahayanya asap rokok kepada manusia yang menghidunya berbanding mereka yang menghisapnya!

      Delete
  6. Wow... perkongsian yang berani... Syabas puan Nurazira...
    Kepada perokok-perokok tegar tu atau kepada anda yang inginkan insan kesayangan anda berhenti merokok, di sini saya kongsikan beberapa cara berhenti merokok...
    1- Niat yang sungguh-sungguh untuk berhenti merokok ( Taubat Nasuha )
    2- Belajar membenci rokok
    3- Bergaullah dengan orang yang tidak merokok
    4- Beritahu rakan dan orang terdekat kalau ingin berhenti merokok ( untuk dapat sokongan )
    5- Kurangkan jumlah merokok sedikit demi sedikit
    6- Hilangkan kebiasaan menunggu

    Smoking can cause a slow and painful death... Enjoy our life without smoking...

    Asmashany Tokiman (GB02605)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukran Jazilan buat pn. Asmahany kerana sudi berkongsi tips yang sangat berguna kepada kita semua. Sesungguhnya setiap perbuatan dimulai dengan niat. Kesungguhan akan menjadikan seseorang itu kuat dan akan berjaya melakukan perubahan ke arah lebih baik. 'KATAKAN TAK NAK KEPADA ROKOK'!

      Delete
  7. Rokok yg tiada bahan kimia..hanyer tembakau dan kertas-utk cergas badan hindarkan dr ngantuk dan menjadi cergas..
    bukan ker jika rokok yg memiliki bahan kimia baru boleh memudaratkan seseorg...anggiat gb02592

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kepada saudara Anggiat di atas komen anda di atas, namun di sini ingin saya kongsikan di antara bahaya dan manfaat 'TEMBAKAU'.

      Sebelum itu, mari saya ceritakan sedikit mengenai apa itu 'TEMBAKAU'. Tembakau adalah produk pertanian yang diproses dari daun tanaman iaitu genus Nicotiana. Kedatangan bangsa Eropah ke Amerika Utara mempopularkan perdagangan 'TEMBAKAU' sebagai ubat penenang. Pada umumnya 'TEMBAKAU' digunakan sebagai bahan asas untuk membuat 'ROKOK'. Setelah berlakunya Perang Saudara Amerika Syarikat, perubahan dalam permintaan dan tenaga kerja menyebabkan perkembangan industri rokok semakin meluas bagaikan cendawan tumbuh di pasaran sehingga terjadinya kontroversi ilmiah pada pertengahan abad ke-20.

      Apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah, bahaya dan manfaat 'TEMBAKAU' itu diukur melalui bagaimana kita menggunakan ia sebagai manfaat atau mudharat. Berikut merupakan 'BAHAYA' dan 'MANFAAT' tembakau:

      BAHAYA:
      1) Daun tembakau yang batangnya dapat mencapai dua meter, mengandungi alkaloid beracun di antaranya nikotin, nikotinin, nikotein dan nikotelin.

      2) Gejala utama keracunannya ialah apabila kita menggunakannya sebagai 'ROKOK' iaitu secara menghisap asapnya kesannya akan menyebabakan muntah berlarutan, kekejangan otot, sesak nafas, batuk kering, asma dan sukar untuk tidur.

      MANFAAT

      Namun terdapat manfaat pada 'TEMBAKAU' jika digunakan dengan betul. Antaranya adalah seperti berikut:

      Manfaat Tembakau

      1) Daun tembakau dipercayai berkhasiat digunakan sebagai ubat tradisional dimana Air Tembakau, misalnya mampu menjadi antiseptik bagi mengubat luka.

      2) Getah daun tembakau pula , boleh digunakan untuk membersihkan kotoran pada luka yang bernanah dan boleh juga dimanfaatkan sebagai agen pembersih bagi senjata-senjata tajam.

      3) Daun tembakau juga boleh ditampal atau dilekatkan pada anggota badan yang mengalami bisul.

      4) Manakala air rebusan daun tembakau yang kering boleh digunakan sebagai ubat cacing.

      Wa Allahu a'lam.

      Delete
    2. Lupa juga saya di sini untuk mengingatkan bahawa kebanyakan penggunaan masa kini 'TEMBAKAU' adalah 'ROKOK'.

      Sebagai kesimpulannya jika 'ROKOK' adalah cara penggunaannya yang lebih meluas, maka lebih banyak mudharat dari manfaat kepada manusia.

      Delete
  8. Info yg menarik saudari..tp kalau diisi dgn info cara berhenti rokok lagi baik..sy cadangkan beralih ke vape..vape onnn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih buat saudara hazim yang memberikan komen di atas. Tips atau cara-cara berhenti merokok telah dikongsikan oleh saudari asmahany sepertimana di atas.

      Izinkan saya untuk mengulas sedikit cadangan saudara tadi mengenai alternatif lain bagi menggantikan rokok adalah vape.

      Buat pengetahuan saudara,berdasarkan hukum yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan -63 bahawa menghisap vape hukumnya adalah haram.

      Menggunakan vape sebagai ganti kepada rokok seolah-olah menghalalkan cara. Di sini saya kongsikan link untuk semua pembaca di luar sana maklumat lanjut mengapa vape diharamkan sebagaimana pengharaman rokok.

      http://www.muftiwp.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=465:irsyad-fatwa-ke-63-hukum-penggunaan-rokok-elektronik-vapor&catid=48&Itemid=333

      Pengharaman ini bersesuaian dengan hak asasi manusia di mana asap vape mendatangkan mudharat pada penggunanya begitu juga pada yang menghidunya. Kasihanilah mereka yang menjadi mangsa terhadap kepentingan individu ini. Hormatilah hak mereka terutama bayi yang masih kecil yang tidak daya untuk menangkis segala bau dan bahaya yang mendatang. Jadilah manusia yang prihatin dan menghargai nyawa manusia lain.

      Delete
  9. Teringat kata-kata pakar motivasi hari itu, "wahai para suami,jagalah kesihatan. jagalah isteri dan anak-anak anda, sayangi diri....mereka tiada tempat bergantung selain anda" bawa mereka ke Syurga Allah...ingat! mereka adalah saham akhirat..dari saya Mohd Hafiz Bin Othman GB02571

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar kata saudara hafiz, suami merupakan ketua dan pemimpin bagi keluarganya. Suami atau ayah, peranan mereka adalah memelihara hak asasi diri, isteri dan anak-anaknya agar keluarga hidup dalam keadaan sejahtera di dunia & akhirat..wallahu a'lam

      Delete
  10. WAH..WAH...byk sungguh informarsi dan perkongsian...empunya blog ni pun byak dapatan dari hasil kajian...drpda jawapan n ulasan y diberi maka terbuktilah rokok ni byk negatif drpd positif...byk penyakit drpda kesembuhan buktinya kempen berhenti merokok byk perkongsian tentang bahaya rokok..malah kerajaan membelanjakan byk duit utk kempen ni...tapi jika rokok adalah pembunuh utama dalam negara ...penyumbng tertinggi dalam segala jenis macm penyakit kenapa kerajaan masih membenarkan ianya dijual secara terbuka ..kenapa ianya tidak diambil tindakan seperti dadah...dan jelas telah difatwakan HARAM tetapi kenapa tiada satu kes jenyah syariah pun dikuatkuasakan khususnya dalam kesalahan melanggar fatwa mufti..merokok boleh dimana-mana...dan oleh sesiapa...negara singapore y unmuslim itu pun sgt menghadkan kawasan merokok... jadi apa yang berlaku sebenarnya...dimanakan hak kita sebagai penduduk dan warganegara boleh menghalanh daripada perkara ini dipandang sebelah mata???.....

    fezan GB02587

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih buat saudara shafezan di atas persoalan yang perlu dirungkaikan satu persatu agar ianya terlerai tanpa melibatkan isu sensitiviti antara pihak pro kerajaan / anti kerajaan.

      Seharusnya kita sebagai orang awam perlu menilai baik buruknya rokok itu selepas melihat kesannya sendiri terhadap masyarakat di negara kita sehinggakan seluruh dunia.

      Seringkali kita melibatkan persolan hukum, penguatkuasaan & pelaksanaan sesuatu isu yang berbangkit seperti rokok seringkali itu juga kita melihat/merujuk jabatan Mufti, JAKIM, KASTAM, KKM dan institusi jabatan kerajaan yang berkaitan. Namun ianya berbalik kepada keputusan ketua pemerintah di dalam sesebuah negara tersebut.

      Sebagai contoh isu pengharaman vape, majlis fatwa kebangsaan mengeluarkan hukum haram ke atas vape, manakala KKM menyatakan hukumnya tidak haram dan masih selamat digunakan. Ianya sangat bertentangan. Namun apa tanggungjawab kita sebagai orang awam, perhatikan dan buatlah penilaian sendiri.

      Apakah nasib anak bangsa kita pada suatu hari nanti. Hak kita adalah untuk memilih! Memilih yang terbaik untuk ummah.

      Wallahu a'lam.

      Delete
  11. As Salam.. Terima kasih atas info yang diberikan.. Terlalu banyak info-info sebegini diperkatakan di lama-lama sosial mahupun media ceta, media massa dan sebagainya.. persoalannya, adakah jumlah perokok berkurangan ataupun bertambah?
    sedikit perkongsian dari saya, perokok pada kebiasaannya adalah bermula dengan pergaulan bersama rakan-rakan yang merokok dan lama kelamaan seorang yang bukan perokok menjadi seorang perokok yang tegar.. sangat sukar bagi seorang perokok tegar untuk berhenti merokok secara mendadak kerana mungkin memberi tekanan dlm emosi seorang perokok tegar.. bagi saya, perokok tegar boleh merokok secara berkurangan sebelum berhenti atau terus bertukar dari rokok kepada vapor, dimana vapor adalah jauh lebih baik berbanding rokok terhadap kesihatan.. Kerajaan juga baru-baru ini telah mengumumkan bahawa penggunaan vapor adalah dibenarkan dan segala bahan yang terkandung di dalam lequid atau perisanya akan dipantau oleh kerajaan agar ianya tidak merbahayakan kesihatan pengguna vapor.. Adalah lebih baik untuk kita sama-sama kongsikan info bagaimana ingin berhenti merokok daripada kita selalu menceritakan bahaya dan kesan merokok yang setelah kian lama perokok sedia maklum perkara tersebut.. Mungkin bloger-bloger lain dapat memberikan pandangan masing-masing kepada perokok tegar cara bagaimana berhenti dari terus menjadi seorang PEROKOK... sekian sahaja yang dapat saya kongsikan kepada semua..
    -Suhaizan GB02563-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih buat saudara suhaizan di atas cadangan yang diberikan. Namun kuat di sini untuk saya nyatakan bahawa matlamat tidak menghalalkan cara.

      Di sini ingin saya kongsikan sedikit berita:

      BENTONG – Penjualan rokok e-elektronik bukan sahaja salah di sisi undang-undang, malah pengguna produk itu turut terdedah kepada pelbagai penyakit kronik. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penjualan bahan dan produk itu adalah salah mengikut Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

      “Mereka yang didapati bersalah menjual dan mengedar produk itu dan cecair nikoton untuk kegunaan rokok elektronik @ rokok elektrik boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali,” katanya. [Sumber : Bernama]

      Namun, malangnya “disebabkan tekanan pihak tertentu” KKM telah menukar kenyataannya bahawa vapor masih selamat digunakan.

      Kenapa ianya bertentangan pula dengan hukum yang dikeluarkan oleh majlis fatwa kebangsaan malaysia bahawasanya hukum vapor adlh haram.

      Sedarlah saudara saudari sekalian! Apakah perasaan kalian sekiranya melihat anak-anak kalian menghembus asap vapor yang berkepul-kepul dengan bangganya mendongak ke langit. Apakah tanggungjawab kalian dalam menentukan nasib ana-anak bangsa kita kalau bukan daripada kita sendiri yang memelihara hak kemanusian itu sendiri. Fikir-fikirkanlah!

      Delete
    2. benar puan, matlamat tidak menghalalkan cara... sebagai seorang pendakwah, kita x bleh dengan hanya menegaskan bahawa solat wajib, x solat berdosa sahaja tanpa memberi dan mendorong seseorang itu lebih tahu dgn solat tersebut.. bersesuaian dgn gejala merokok mahupun vape... kita x boleh menegaskan dengan hanya mewarwarkan rokok itu haram tanpa kita membantu bagaimana utk kita hentikan tabiat merokok tersebut... sebaiknya kita bantu perokok2 tersebut dengan memberi dan mendorong supaya mereka dapat berhenti terus dr merokok... itu shj dulu puan t.kasih..

      Delete
  12. Assalamualaikum Alhamdulillah, kepada lelaki-lelaki yang penggemar rokok cuba lah memahami hak orang lain, rokok bukan sekadar bahaya kepada mereka yang menghisap tetapi ia juga bahaya kepada penghidu asap rokok.Pelabagai cara untuk berhenti menghisap rokok..Moga ada keinsafan dalam diri masing-masing..
    - Nursyhada GB02594-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam w.a.t dan terima kasih buat saudari aredaa. Sama-sama kita doakan agar anak bangsa kita terpelihara hak mereka untuk menjadi insan yang benar-benar berkualiti.

      Delete
  13. Menarikkk isu ini....macam-macam cara..kaedah.....kempen sana sinii- tak nak merokok-...tapi...masih lagi merokok walaupun hargaa naik tak di hiraukan......bagi saya peranan penting adalah ahli keluargaa....perlu bagi sokongan dan nasihat bodek2 pada merekaa....yang pentingg..dalam diri tu,mahu hentikan...set betul-betul..jadikan keazaman dalam diri itu adalah kejayaan untuk diri anda dan pada orang-orang tersayang....jika tewas hari ini...berazam lagi...tewa lagi..berazam lagi...sampai satu tahap,akan jadi malu pada diri sendiri,maka betul2 berhentila merokok..in shaa allah..amiin..amirakarim_gb02593

    ReplyDelete
    Replies

    1. Terima kasih buat saudari amira, memang benar kata-kata saudari, perokok tegar di luar sana menganggap isu kenaikan rokok ini seolah tiada apa-apa yang berlaku. Tabiat merokok masih galak dilakukan seperti langsungnya.

      Berikut di antara jenama rokok yang akan naik harga bermula Rabu, 4 November 2015:-
      Dunhill
      Benson & Hedges
      Kent
      Lucky Strike
      Pall Mall
      Harga baru sekotak Dunhill adalah RM17; Benson and Hedges (RM17); Pall Mall (RM15.50); Kent (RM17); Peter Stuyvesant (RM15.50); Shuang Xi (RM18); dan Lucky Strike Plain (RM17.50).

      Terkini : Rokok edaran Godfrey Phillips (Malaysia) seperti jenama berikut akan naik harga bermula 6 November 2015 :-
      1) Marlboro - RM13.80 ke RM17.00
      2) L & M - Naik ke RM15.50
      3) Versi Sampoerna

      Moga langkah ni turut menjadi beban kepada perokok tegar di luar sana agar mereka berhenti merokok. Merokok tiada jaminan wang anda akan dikembalikan!!!!

      Delete
  14. Awalnya belum ada ulama yang mengharamkan rokok, kecuali hanya memakruhkan. Dasar pemakruhannya pun sangat berbeda dengan dasar pengharamannya di masa sekarang ini.

    Dahulu para ulama hanya memandang bahwa orang yang merokok itu mulutnya berbau kurang sedap. Sehingga mengganggu orang lain dalam pergaulan. Sehingga kurang disukai dan dikatakan hukumnya makruh.

    Sebagian kiyai di negeri kita yang punya hobi menyedot asap rokok, kalau ditanyakan tentang hukum rokok, akan menjawab bahwa rokok itu tidak haram, tetapi hanya makruh saja

    GB 02597

    ReplyDelete
  15. Awalnya belum ada ulama yang mengharamkan rokok, kecuali hanya memakruhkan. Dasar pemakruhannya pun sangat berbeda dengan dasar pengharamannya di masa sekarang ini.

    Dahulu para ulama hanya memandang bahwa orang yang merokok itu mulutnya berbau kurang sedap. Sehingga mengganggu orang lain dalam pergaulan. Sehingga kurang disukai dan dikatakan hukumnya makruh.

    Sebagian kiyai di negeri kita yang punya hobi menyedot asap rokok, kalau ditanyakan tentang hukum rokok, akan menjawab bahwa rokok itu tidak haram, tetapi hanya makruh saja

    GB 02597

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih buat saudara jebat. Benar saudara, dulu lain sekarang lain. Kesan dahulu melibatkan bau sahaja namun kesan kini melibatkan nyawa sendiri & orang lain. Rokok dulu bahannya asli namun kini racun tikus antara campurannya. Hukum fatwa diberikan mengikut keadaan yang berlaku pada zaman semasa melihat kepada medharatnya. Tanamkanlah rasa belas kasihan terhadap diri sendiri dan manusia lain agar hak pada setiap mereka terbela.

      Delete
  16. Merokok merbahayakan kesihatan tak kira penghisap atau penghidunya.Pengalaman sendiri yang tak boleh bau asap rokok yang membuatkan saya akan terbersin sahaja dan kadang-kadang boleh semput dibuatnya.Siapa kita nak suruh mereka-mereka ini berhenti merokok melainkan diri mereka sendiri, bak kato orang noghori sombilan tak dapek den nak nolong eh dohh...Semoga mereka sedar akan perbuatan mereka ini merbahayakan orang di sekeliling mereka yang mereka sayang.

    Nur Azimah Binti Md Ali GB02614

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih buat saudari azie di atas komen anda. Ye memang benar, sepertimana firman Allah s.w.t di dalam Al-Quran Surah Al-Raad ayat 11:

      Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka.

      Begitulah juga kepada perokok tegar di luar sana. Semoga Allah memberikan hidayah dan petunjuk buat mereka. Ameen...

      Delete
  17. walaupun rokok telah difatwakan sebagai haram, tetapi mengapa masih ramai lagi yang masih menghisap rokok??!!sedarlah wahai perokok-perokok tegar,bahawa merokok hanya mengundang padah bukan hanya pada diri anda sahaja, tetapi kepada orang disekeliling anda....

    solehah ishak
    gb02561

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih buat saudari sal. Hakikatnya begitulah..walaupun fatwa telah digazetkan namun perokok tegar di luar sana masih kekal dengan ego mereka. Apa yang kita harapkan agar satu perubahan akan berlaku.

      Delete
  18. Walaupun ramai sedia maklum mengenai fatwa yang dikeluarkan mengenai pengharaman rokok, ternyata masih ramai yang tidak ambil peduli dengan isu pengharaman ini.Sebagaimana yang kita tau, merokok ni juga akan menyumbang kepada kemudharatan kesihatan. Oleh itu, sedarlah sebelum terlambat.

    Hilwani binti Mohd Hasnu
    GB02607

    ReplyDelete
  19. Lucky Club Casino Site - Get your Lucky Club Casino Bonuses
    You can get your Lucky Club Casino Bonuses instantly as a part of your Lucky Club Account, luckyclub.live without having to log-in to your casino or create a new account.

    ReplyDelete